Monday, 30 December 2013

Adakah Aku Bermimpi? by Wahdah Abu Mansor - Part 1

        “Wah, handsome gila gambar BIGBANG ni. Aku nak poster ni boleh? Alaa, bolehlah Wani? Please?” Kata Tengku Ain Yohana dengan manja kepada kawan baiknya, Siti Syazwani. “Alah kau ni. Selalu saja nak minta dengan aku. Kau kan orang kaya. Lagipun, dah berlambak barang kpop dekat dalam bilik kau.” Sindir Syazwani pula. Tengku Ain Yohana hanya tersengih seperti kerang busuk. Tengku Ain Yohana atau lebih mesra lagi dengan panggilan Ana yang berusia 16 tahun ini ialah seorang peminat artis korea tegar. Cakap saja boyband mana, dia akan terus ceritakan tentang group tu dari A to Z. Antara group yang dia minati adalah BIGBANG, UKISS, EXO, B2ST dan SUPER JUNIOR. Walaupun dia seorang yang fanatic kpop, dia tidak pernah suka terhadap kumpulan Girls’ Generation. Kumpulan tu gedik katanya. Ada-ada saja Tengku Ain Yohana ni.
Alahai, nasib baiklah ramai yang meminati kpop di dalam kelasnya. Kalau tidak, pekaklah telinga Si Wani ni asyik dengar saja Ana bercerita tentang idol kesukaannya. 24 jam non-stop! Dia sering membeli barangan kpop samada online ataupun beli di shopping complex. Tengku Ain Yohana ni pantang tengok benda yang berkaitan dengan korea, pasti dia ada saja duitnya untuk membeli barang itu. Beli pula bukannya satu, malah lebih daripada tiga. Ya Allah, apa nak jadi dengan kau ni Ana. Ish ish ish. Di dinding bilik tidurnya pula terdapat beberapa poster idol korea kegemarannya. Wah, kalau dikira dengan jari pun tak cukup. Kena tambah lagi dengan jari kaki. Betapa saratnya bilik tidur Ana dengan barangan kpop sehingga dia tidak tahu ingin menampalkan poster-poster itu dimana lagi.

            Ibunya, Datin Khadijah sudah masak sangat dengan perangai anak perempuannya itu. Oh, lupa nak beritahu. Dato’ Johan dan Datin Khadijah mempunyai tiga orang anak iaitu Tengku Mohd Khalif, Tengku Ain Yohana dan Tengku Ain Yohani. Tengku Ain Yohana dan Tengku Ain Yohani merupakan pasangan kembar yang dikurniakan Ilahi kepada Dato’ Johan dan Datin Khadijah. Dato’ Johan suka memanjakan Tengku Ain Yohana. Kalau Ana mahu membeli barangan kpop, tanpa berhujah panjang, Dato’ Johan hanya mengeluarkan wang daripada walletnya saja. Dato’ Johan tahu bahawa Tengku Ain Yohana tidak pernah melupakan pelajaran walaupun diberi kemewahan sebegini. Tengku Ain Yohani pula tidak minat kepada kpop. Dia hanya tengok sajalah gelagat kakaknya yang amat minat kepada artis kpop ni.(So, kisah dia tak berapa nak ada dalam ni k? Mwahaha.)

No comments: