“Wah, handsome gila gambar BIGBANG ni. Aku nak
poster ni boleh? Alaa, bolehlah Wani?
Please?” Kata Tengku Ain Yohana
dengan manja kepada kawan baiknya, Siti Syazwani. “Alah kau ni. Selalu saja nak
minta dengan aku. Kau kan orang kaya. Lagipun, dah berlambak barang kpop dekat
dalam bilik kau.” Sindir Syazwani pula. Tengku Ain Yohana hanya tersengih
seperti kerang busuk. Tengku Ain Yohana atau lebih mesra lagi dengan panggilan
Ana yang berusia 16 tahun ini ialah seorang peminat artis korea tegar. Cakap
saja boyband mana, dia akan terus
ceritakan tentang group tu dari A to Z. Antara group yang dia minati adalah BIGBANG, UKISS, EXO, B2ST dan SUPER
JUNIOR. Walaupun dia seorang yang fanatic
kpop, dia tidak pernah suka terhadap kumpulan Girls’ Generation. Kumpulan tu gedik katanya. Ada-ada saja Tengku
Ain Yohana ni.
Alahai,
nasib baiklah ramai yang meminati kpop di dalam kelasnya. Kalau tidak, pekaklah
telinga Si Wani ni asyik dengar saja Ana bercerita tentang idol kesukaannya. 24 jam non-stop!
Dia sering membeli barangan kpop samada online
ataupun beli di shopping complex.
Tengku Ain Yohana ni pantang tengok benda yang berkaitan dengan korea, pasti
dia ada saja duitnya untuk membeli barang itu. Beli pula bukannya satu, malah
lebih daripada tiga. Ya Allah, apa nak jadi dengan kau ni Ana. Ish ish ish. Di
dinding bilik tidurnya pula terdapat beberapa poster idol korea kegemarannya. Wah, kalau dikira dengan jari pun
tak cukup. Kena tambah lagi dengan jari kaki. Betapa saratnya bilik tidur Ana
dengan barangan kpop sehingga dia tidak tahu ingin menampalkan poster-poster itu dimana lagi.
Ibunya,
Datin Khadijah sudah masak sangat dengan perangai anak perempuannya itu. Oh,
lupa nak beritahu. Dato’ Johan dan Datin Khadijah mempunyai tiga orang anak
iaitu Tengku Mohd Khalif, Tengku Ain Yohana dan Tengku Ain Yohani. Tengku Ain
Yohana dan Tengku Ain Yohani merupakan pasangan kembar yang dikurniakan Ilahi
kepada Dato’ Johan dan Datin Khadijah. Dato’ Johan suka memanjakan Tengku Ain
Yohana. Kalau Ana mahu membeli barangan kpop, tanpa berhujah panjang, Dato’
Johan hanya mengeluarkan wang daripada walletnya
saja. Dato’ Johan tahu bahawa Tengku Ain Yohana tidak pernah melupakan
pelajaran walaupun diberi kemewahan sebegini. Tengku Ain Yohani pula tidak
minat kepada kpop. Dia hanya tengok sajalah gelagat kakaknya yang amat minat
kepada artis kpop ni.(So, kisah dia
tak berapa nak ada dalam ni k? Mwahaha.)